Sufiah Yusof pelajar pintar matematik menjual tubuh untuk menyara hidup
Posted on April 3, 2008
Filed Under Umum |
Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) London sudah diminta menyiasat sebab sebenar mendorong Sufiah Yusof, wanita yang pernah menjadi pelajar pintar matematik dan diterima masuk ke Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun, menjual tubuh untuk menyara hidup. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata hasil siasatan akan digunakan untuk mencari jalan menyelamatkan Sufiah. Beliau diminta mengulas langkah kementerian bagi membela Sufiah yang pernah menggemparkan dunia kerana berjaya memasuki Universiti Oxford ketika usia 13 tahun, tetapi kini terpaksa melacurkan diri untuk menyara kehidupan. Akhbar tabloid News Of The World, melaporkan Sufiah yang juga warga British melacurkan diri dengan mengiklankan perkhidmatannya melalui internet dengan tawaran 130 pound (RM830).
Sementara itu, di MUAR, keluarga Sufiah, di sini, bersedia menerima pelajar pintar matematik itu dan berdoa beliau memilih negara ini untuk memulakan semula kehidupannya. Seorang waris terdekat yang enggan dikenali berkata, ‘air yang dicincang tidak akan putus’, Sufiah atau panggilan manjanya ‘Sufi’ tetap ahli keluarga mereka. Katanya, setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan begitu juga dengan Sufiah sehingga terjebak dalam kegiatan tidak bermoral. Beliau berkata, keluarganya berharap Sufiah dapat ditemui segera dan dibawa ke negara ini untuk memulakan kehidupan baru begitu juga dengan ibunya Halimaton Yusuf.
“Banyak peluang yang ada di negara ini, mereka boleh hidup dengan lebih baik di sini, malah masalah ditempuhi Halimaton atau Eton juga dapat dikongsi bersama dengan ahli keluarga yang lain. Mereka sekeluarga boleh hidup di sini dengan lebih baik terutama Sufiah,” katanya.
Katanya, Sufiah dan bekas suaminya, Jonathan Ibraheem Marshall, 28, pernah ke rumah pusaka, di sini, untuk melawat nenek sebelah ibunya yang sakit pada 2004. Beliau berkata, selain menjenguk nenek yang terlantar sakit, Sufiah dan bekas suaminya juga pernah menziarah rumah keluarga sebelah ibunya di daerah ini. Katanya, Sufiah walaupun tidak bertudung, tetapi ketika ke sini tetap manis dengan pakaian tradisional Pakistan.
“Sufiah seorang yang ceria, lembut dan manis, walaupun sukar berkomunikasi kerana tidak tahu berbahasa Malaysia, tetapi beliau tetap cuba bermesra dengan keluarga. Penampilan baru Sufiah yang disiarkan di akhbar satu kejutan yang besar kepada kami sekeluarga ternyata berbeza benar dengan Sufiah yang pernah kami kenali satu ketika dulu. Kami berdoa beliau dapat diselamatkan dan tidak memberi tekanan kepadanya, sebaliknya dipujuk dengan baik, saya yakin Sufiah akan berpatah balik kerana beliau seorang anak yang baik… hanya keadaan mungkin menyebabkan beliau bertindak sedemikian. Kita masih tidak mengetahui masalah yang dihadapinya dan keadaan sebenar dirinya,” katanya.
Comments
5 Responses to “Sufiah Yusof pelajar pintar matematik menjual tubuh untuk menyara hidup”
Leave a Reply

Hi,
Cerita menggemparkan ini menjadi pengajaran kepada semua ibubapa yang terlalu memaksa anak2 mereka menjadi yang terbaik..bukan tidak boleh mendidik anak2 menjadi yang terbaik tetapi harus diseimbang kan. mungkin saya tidak mengerti hakikat sebenar hati dan naluri sebagai ibu disebabkan saya belum berkahwin. Kejadian yang menimpa Sufiah menjadi panduan kepadan saya untuk lebih berhati dalam soal masa depan anak2 saya kemudia.
Ya..semoga menjadi teladan yang baik..
Bukan pasai pa. kerajaan yang x salurkan duit kat budak tu..
kata nak taja, kalu ada tajaan, kenapa leh kata dia xda duit kat sana…
pikir pikirkan lah dan selamat maju jaya
[...] [...]
Bagi saya,ini semua dia yang pilih,kalau dah tak ada duit nak belajar………..balik je lah.Dah pulak tu bila tengok dia ditemuramah oleh sidang akhbar luar negara,dia macam selamber je.Hal ini sebenarnya peribadi dan sepatutnya tak dicampurtangan kerajaan.Kalau kerajaan nak campurtangan pun,sepatutnya diam diam je dan jangan dihebohkan.Sekarang budak ni dah gelap masa depannya,malu.Siapa nak khawin?kalau ada pun,mana tahu satu hari nanti jantan tu ungkit perkara ini.Pihak media juga tak patut heboh hebohkan cerita bodoh ini.Walau siapa sekalipun,anggap budak ni dari keluarga sendiri,tolong jangan kecoh kecoh.