Saintis temui ubat penawar jerawat
Posted on April 20, 2008
Filed Under Kesihatan |
Penawar ampuh jerawat dijumpai? Sekumpulan saintis di Britain mendakwa telah menemui ‘penawar’ bagi mengatasi masalah jerawat, satu masalah umum yang dialami ramai orang, khususnya di kalangan remaja. Akhbar Daily Telegraph melaporkan, saintis di sebuah firma penyelidikan, Summit Corporation yang berpejabat di Oxford, mendakwa ubat dikenali SMT D002, boleh mengurangkan sehingga 90 peratus penghasilan sebum atau minyak yang dikeluarkan kulit dan menjadi punca pertumbuhan jerawat.
Pada masa kini, ubat berkenaan adalah dalam bentuk pil dan digunakan bagi merawat masalah selain jerawat. Tetapi, sebuah syarikat farmasi kini merancang untuk menghasilkannya dalam bentuk krim agar dapat digunakan dengan lebih mudah. Penyelidik juga percaya ia mampu memberikan rawatan yang berkesan seperti asid retinoic, sejenis vitamin A yang ketika ini digunakan bagi merawat kes jerawat dan jeragat yang serius. Malangnya, Roaccutane yang berasaskan vitamin A berkenaan, sebaliknya dikaitkan dengan kejadian bunuh diri di kalangan mereka yang mengalami masalah jerawat.
Comments
Leave a Reply