Perlukah menangis kerana putus cinta

Posted on April 23, 2008
Filed Under Umum |

Pernahkah anda putus cinta?
Pernahkah anda menangis kerana putus cinta?
Perlukah menangis kerana putus cinta?
Adakah tangisan itu kerana cinta yang mendalam kepadanya?
Adakah ia hanya sekadar untuk melepaskan kesakitan dihati?
Berubahkah pendiriannya kerana tangisan anda?
Adakah anda menangis kerana benar-benar sedih?
Adakah ia adalah tangisan pertama di hadapan kekasih?
Perlukah kita menangis untuk memujuknya kembali?
Perlukah menangis untuk menunjukkan anda benar-benar ikhlas?
Adakah tangisan adalah sebahagian dalam diri anda?
Perlukah soalan ini disoal?

ADAKAH ANDA BENAR-BENAR MENANGIS?

Mengapa perlu menangis jika anda boleh mencari penganti?
Mengapa perlu menangis jika anda tahu jodoh ditangan tuhan?
Mengapa perlu menangis sedangkan anda tahu anda sudah tidak disayangi lagi?
Mengapa perlu menangis sedangkan anda tahu cinta itu buta?
Mengapa perlu menangis sedangkan anda buta tentang cinta?
Mengapa perlu menangis sedangkan anda tidak bersalah?
Mengapa perlu menangis sedangkan anda tahu tiada yang kekal selain cinta pada tuhan?

ADAKAH CINTA PERLUKAN TANGISAN?

Menangislah jika ia mampu tabahkan hati
Menangislah jika ia ubat pada jiwa yang resah
Menangislah jika ia teman ketika kesunyian
Menangislah jika ia membuatkan semangatmu tersenyum…

Comments

One Response to “Perlukah menangis kerana putus cinta”

  1. Khai dan Rosma AF1 akhirnya berkahwin | Cinta2u.com on April 27th, 2008 6:41 am

    [...] Khai dan Rosma semalam turut menjawab segala teka teki mengenai percintaan mereka yang disembunyikan sebelum ini, sehinggalah pasangan itu menghadiri kursus perkahwinan di [...]

Leave a Reply