Maya Karin akhiri zaman solo pada akhir tahun ini
Posted on May 7, 2008
Filed Under Hiburan |
Aktres yang mempunyai sepasang smiling eyes, Maya Karin, apabila ditanyakan tentang impian perkahwinannya dia ada merencana beberapa rancangan yang mempunyai saling kaitan dengan subjek itu. Melihat usianya kini, tak dinafikan gadis kacukan Jerman dan Malaysia ini sudah bersedia untuk ke gerbang perkahwinan dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak. Beliau mengakui berkenaan hubungannya dengan seorang lelaki mat salih dan berkata cinta hatinya masih berjalan seperti biasa dan sudah berlanjutan dalam tempoh yang panjang.
“Hubungan kami sudah lama sangat terjalin. Pada masa sama juga, hampir setiap tahun saya ditanya bila saya hendak berkahwin,” jelasnyanya apabila ditanya tentang sudah berapa lama dia menjalin hubungan dengan kekasihnya itu.
“Banyak perkara yang ingin saya lakukan dalam kehidupan ini. Saya memandang ke hadapan untuk menjadikan ia satu kenyataan termasuklah apabila menyentuh mengenai kehidupan peribadi. Saya masih berhubungan dengan lelaki yang sama dan hubungan itu sudah lama sangat terjalin antara kami. Seperti mana gadis lain, saya ingin membina sebuah keluarga melalui ikatan perkahwinan. Kehadiran seorang, dua anak pastinya bakal menjadi pelengkap hidup saya nanti,” jelasnyanya lagi. Maya menerangkan bahawa dia memang sudah bersedia untuk berkahwin tetapi tidak gemar untuk membicarakan perkara itu sekiranya ia belum ada kepastian lagi.
Comments
One Response to “Maya Karin akhiri zaman solo pada akhir tahun ini”
Leave a Reply

siapa cakap yg kak maya {maya karin} ni suka mat salih ha cakap kat aku pantang aku orang fitnah sembarangngan lain2lah kakak aku,kalau siapa yg tak puas hati boleh chat ngan saya kat yahoo hope_hope787@yahoo.com