Khai dan Rosma AF1 akhirnya berkahwin

Posted on April 27, 2008
Filed Under Hiburan |

Naib Juara Akademi Fantasia Musim Pertama AF1, Mohd Khairul Nizam Wahi atau Khai, 29, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Rosmawati Sidik atau Rosma, 23, pada majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya. Dengan sekali lafaz, pasangan popular itu selamat dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Putra, Ustaz Abdul Manaf Mat pada jam 11.55 pagi, yang turut disaksikan anggota keluarga terdekat dan teman rapat termasuk bekas rakan seperjuangan mereka dalam program realiti TV berkenaan.

Khai yang berasal dari Johor Bahru membawa sembilan dulang hantaran, termasuk mas kahwin RM100 dan wang hantaran RM16,161.61, seterusnya dibalas dengan 11 dulang hantaran oleh keluarga pengantin perempuan. Khai ketika ditemui selepas majlis pernikahannya, berkata beliau bersyukur kerana impiannya untuk bersatu dengan buah hatinya itu menjadi kenyataan, selain majlis pernikahan yang berjalan lancar seperti dirancang.

khai_rosma.jpg

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan impian kami melayari kehidupan suami isteri kini menjadi kenyataan. Saya dan Rosma berharap peminat mendoakan kebahagiaan kami,” katanya.

Pernikahan Khai dan Rosma semalam turut menjawab segala teka teki mengenai percintaan mereka yang disembunyikan sebelum ini, sehinggalah pasangan itu menghadiri kursus perkahwinan di Bangsar, Kuala Lumpur awal tahun ini. Majlis persandingan pasangan yang mula menjalin cinta ketika AF1 pada 2003 akan diadakan di Dewan Persidangan Perbadanan Putrajaya jam 8.30 malam ini, khusus untuk sanak saudara, tetamu jemputan dan peminat.

Comments

2 Responses to “Khai dan Rosma AF1 akhirnya berkahwin”

  1. Sayang1517 on May 17th, 2008 11:15 am

    Alhamdulilah,jodoh mereka dah sampai..dan diharap agar kekal sampai menutup mata..

    Cinta Seperti Udara
    Tidak Dapat Disebtuh
    Namun Dapat Kita Merasakannya..

  2. Cinta2u on May 17th, 2008 4:44 pm

    Semoga bahagia selalu Khai dan Rosma…

Leave a Reply