Aksi video lucah - Ida Nerina bertindak buat laporan polis
Posted on February 19, 2008
Filed Under Hiburan |
Pelakon Ida Nerina akan bertindak untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran video lucah yang didakwa membabitkan dirinya. Malah beliau berkata, tindakan berdiam diri seolah-olah memberi gambaran bahawa dia mengaku terbabit dengan aksi dalam video lucah tersebut.
Sejak beberapa minggu lalu, klip video sepanjang 10 minit 20 saat itu didakwa membabitkan Ida dan pasangannya melakukan hubungan seks dalam sebuah bilik mula tersebar di internet. aktres yang pernah menggenggam trofi pelakon wanita terbaik itu mengaku wanita yang dirakam dalam klip video lucah tersebut bukanlah dirinya.
“Malang sekali kini tiba giliran saya dikaitkan dengan video lucah. Sebelum ini, sudah ramai selebriti lain yang menghadapi keadaan sama apabila nama mereka digunakan sebagai pelaris sesebuah video yang disebarkan,” katanya.
Menurut pelakon ini, dia sendiri tertawa apabila diberitahu mengenai video terbabit pada awal Januari lalu.
“Saya ketawa kerana orang dalam video itu bukan saya. Sudah 15 tahun saya terbabit dalam lakonan dan peminat sendiri sudah cukup mengenali diri saya. Mereka cam siapa Ida Nerina.
“Sepanjang pembabitan saya dalam industri seni, saya tidak pernah bersikap hipokrit. Saya berusaha meneruskan hidup dan jauh sekali untuk saya membuat perkara sebegitu,” tegas aktres terbabit.
Beliau turut berkata, apabila ada saja video dikaitkan dengan segelintir artis, mereka terpaksa mengeluarkan kos untuk membuat laporan polis, mengupah peguam dan ini adalah sesuatu yang amat merugikan.
Comments
2 Responses to “Aksi video lucah - Ida Nerina bertindak buat laporan polis”
Leave a Reply
sy rasa ada org yg jeles ngn ida nerina ni,cuz kan rupa ida yg real cengkung bukannya gebu cm ni..pandai2 la org m’sia ni….
untuk mengelakkan daripada kejadian seperti ini terjadi, kalau boleh pehak yang mengarah kita untuk melakunkan adengan daring, janganlah berlebihan dan kalau boleh janganlah pehak media juga mefokuskan sebilangan artis-artis yang panas.tidak ada yang tidak relevan.seperti kita baru belajar memandu baru dpt P sudah macam Schumaker,