AC Mizal sah penganti Aznil Nawawi sebagai pengacara AF6

Posted on February 20, 2008
Filed Under Hiburan |

Dua nama terkenal, AC Mizal dan Sarimah Ibrahim dipilih sebagai hos pengganti kepada Aznil Nawawi untuk mengendalikan musim terbaru program realiti, Akademi Fantasia (AF). AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini akan bertindak sebagai hos konsert mingguan, manakala Sarimah akan mengendalikan laporan harian, Diari AF.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah, berkata mereka dipilih berdasarkan kemampuan untuk berdepan penonton dan mengendalikan program yang sudah memasuki musimnya yang keenam.

“Astro yakin mereka berupaya membawa dimensi baru kepada AF, selain mempunyai identiti tersendiri, bersesuaian dengan format program realiti itu. Pemilihan mereka berdua juga bakal memperlihatkan penyatuan personaliti, identiti serta kekuatan berdepan pelbagai cabaran sepanjang AF berlangsung,” katanya pada sidang media pengumuman pengacara AF6 yang disiarkan secara langsung menerusi episod istimewa, F ail Sulit Akademi Fantasia dari Pusat Penyiaran Asia (Astro).

Comments

2 Responses to “AC Mizal sah penganti Aznil Nawawi sebagai pengacara AF6”

  1. syana_1306 on March 19th, 2008 1:16 am

    OK R 2 ABG AC JADI PENGACARA AF6………MANA R TAU LBIH GEMPAK DAEI UNCLE AZNIL..LG PUN UNCLE AZNIL BANYAK MENJADI PENGACARA LAIN KAN..BAGI R PELUANG KT ORG LAIN PLAK……

  2. stella on March 25th, 2008 9:11 am

    boringggggggggggggggggggggggggggggg gila klu ac jd host af6 tahun ni….tp x tau la konsert ke-2,nti..mungkin ada prubahan sket..

Leave a Reply